10 guru maut, 25 lagi cedera selepas bas dinaiki jatuh jambatan

HAVANA : Seramai 10 orang maut manakala 25 yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas, 40 kilometer dari Havana, Cuba pada Sabtu.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan, bas yang membawa sekumpulan guru itu dipercayai terbabas sebelum terjunam dari jambatan dalam kejadian di lebuh raya nasional negara itu.

Menurut laporan AniNews, kesemua guru-guru terbabit mengajar di ibu negara itu.



Mereka berpindah ke lokasi lain bagi membolehkan asrama mereka digunakan untuk pesakit COVID-19.

Dalam kemalangan tersebut juga, tiga guru yang cedera kini dalam keadaan kritikal.

Semua yang cedera dimasukkan ke dalam sebuah hospital di Havana.

Sementara itu, Presiden Cuba, Miguel Diaz Canel menerusi laman Twitternya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.



Menurutnya, pemergian guru-guru itu adalah kehilangan yang sukar dicari ganti.

Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker