[VIDEO] Selamba Angkut Ribuan Lebah Guna Lengan

SANTO DOMINGO, Republik Dominika – Seorang pekerja lebah di Republik Dominika menjadi tular di media sosial apabila bersiar-siar bersama kawanan lebah yang berkumpul di lengannya.

Menurut laporan akhbar Daily Mail hari ini, lelaki itu kelihatan bersahaja ketika berjalan di bandar dengan ribuan lebah mengerumuni lengan kirinya tanpa sebarang alat perlindungan.

Menurut pekerja itu, dia sebenarnya dalam perjalanan mengalihkan koloni lebah itu ke lokasi baharu dan meletakkan ratu lebah dalam genggaman tangannya.

“Lebah kenal dan tidak akan sengat tuan sendiri.

“Lagipun ratu lebah ada dalam genggaman tangan saya jadi mereka akan mengikut sahaja ke mana saya pergi,” katanya menurut laporan UNILAD.

https://www.instagram.com/p/CKm3VpRnwG5/

Pekerja itu tidak memakai sebarang alat perlindungan ketika memindahkan koloni lebah tersebut. – Instagram

Salah seorang pengguna media sosial menjelaskan serangga itu tidak menyerang pekerja lebah itu kerana mereka dapat mencium bau feromon ratu yang menandakan bahawa dia tidak dicederakan. – Agensi

Lumpuh tangan main game 22 jam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker