Kemalangan Di Jalan Genting Klang,KL Netizen Scorekan ‘Myvi 1 : GTR 0’

Seringkali orang ramai kaitkan kereta Myvi sebagai kenderaan yang paling ganas di jalan raya.

Baru-baru ini berlakunya suatu kemalangan di Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur yang membuktikan lagi ‘kekuatan’ Myvi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaporkan bahawa kemalangan tersebut terjadi pada lewat tengahari sekitar pukul empat.



Berdasarkan gambar berikut, terdapat dua buah kereta yang terbabit dalam kemalangan itu iaitu Myvi dan Nissan GTR R35.

Kereta GTR telah dilanggar dari belakang oleh Myvi yang berwarna keemasan itu dan kerosakan pada GTR kelihatan agak ketara berbanding dengan Myvi.

Kereta yang diperbuat dari Jepun itu mengalami kerosakan ketara pada bahagian belakang manakala hanya bahagian depan Myvi sahaja yang retak dan masih lagi ada rupa kereta.

Komen Netizen di laman media sosial juga menghiburkan hati dan ada yang menyatakan pemandu Myvi berkenaan akan mengeluarkan wang baik pulih yang banyak.



Selain itu, ada juga yang memberi nasihat.

“Anak saya sampai buang limpa…” – Bapa mangsa langgar lari, mahu cari pemandu Myvi

Related Articles

One Comment

  1. Penyakit hati orang zaman sekarang – suka lihat orang dalam kesusahan. Kalau pandu kancil sembrono laju pun impak ke atas Nissan itu tetap sama juga.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker