Harimau Selatan JDT sambar pemain kacukan Nathaniel Shio dari Wolverhampton Wanderers

PEMAIN tengah kacukan England-Malaysia, Nathaniel Shio, bakal menyertai juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada Wolverhampton.

Perkembangan pemain berusia 20 tahun itu, yang layak mewakili Malaysia melalui ibunya yang lahir di Johor, dibuat malam tadi.

“JDT telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain warisan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan, daripada Wolverhampton.

“Perjanjian ini tertakluk kepada permohonan kewarganegaraan Malaysia dan ia akan dimeterai sebaik kontraknya ketika ini berakhir Jun depan,” kata Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.

 

Nathaniel, yang memulakan kariernya di Yeovil Town juga berpengalaman beraksi di Croatia bersama NK Varazdin.

Sementara itu, pemain berasal dari Mali, Makan Konate, kembali semula ke Pantai Timur, bezanya kali ini dia menyarung jersi Terengganu FC.

Naib juara Liga Super 2018 itu secara rasminya mengumumkan Konate akan mengisi slot pemain import pasukan itu, sekali gus melengkapkan kuota lima import yang telah diisi Carli Murga, Petrus Shitembi, David da Silva serta bekas pemain Aston Villa, Christopher Herd.

 

Jurulatih TFC, Nafuzi Zain menganggap kemasukan pemain mampu memberi tambah nilai buat barisan tengah skuad Peteh, dan ia adalah situasi yang berbeza ketika Konate mewakili kelab T-Team ketika musim 2016/2017.

 

“Dengan kualitinya, Insya-Allah dia mampu satu sumbangan yang baik untuk pasukan,” kata Nafuzi.

Leave a Reply