Kes HFMD di Kedah meningkat 89 peratus

ALOR SETAR – Kedah mencatatkan sebanyak 790 kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan 13 wabak dilaporkan di taska, tadika dan pra sekolah pada minggu epidemiologi (ME) ke-20 iaitu pada 15 hingga 21 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, jumlah kes baharu itu meningkat 371 kes atau 89 peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Sebanyak 13 wabak baharu dilaporkan melibatkan sembilan taska serta masing-masing dua tadika dan pra sekolah.



“Sembilan daripada premis itu telah diarah tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sementara empat lagi menutup operasi secara sukarela,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, semua kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan pesakit luar.

“Tiada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Kes HFMD di Kedah meningkat 89 peratus



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker