Deretan motosikal musnah terbakar di Bandar Permaisuri

Deretan motosikal musnah terbakar di Bandar Permaisuri

KUALA LUMPUR: Enam motosikal musnah dalam kebakaran di Pangsapuri Penara, Bandar Sri Permaisuri, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu turut membabitkan sebuah bilik Kelas Fardu Ain (KAFA).

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Hisam Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.14 malam.

“Susulan itu, satu jentera dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba pasukan di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sembilan motosikal di mana enam daripadanya musnah 100 peratus manakala tiga lagi 10 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Hisam berkata kebakaran turut membabitkan sebuah bilik KAFA dengan kemusnahan dianggarkan lima peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.56 malam dan kejadian tidak membabitkan mangsa. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. BH

Deretan motosikal musnah terbakar di Bandar Permaisuri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker