Isu Solat Fardu dan Jumaat, Ini Kenyataan Akhbar D.Y.M.M. Sultan Selangor

 

D.Y.M.M. Sultan Selangor memahami kegusaran dan kebimbangan umat Islam di negeri Selangor yang belum boleh berjemaah Solat Fardhu dan menunaikan Solat Jumaat di masjid-masjid kerana mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baginda turut membaca sendiri rayuan yang disalurkan menerusi Sahibus Samahah Dato’ Mufti Selangor dan juga permohonan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan perkara berkenaan.

Bagaimanapun, Baginda menegaskan bahawa keputusan yang dibuat untuk menghadkan bilangan jemaah di masjid-masjid adalah demi menjaga keselamatan seluruh umat Islam. Apatah lagi, statistik terbaharu di Negeri Selangor membabitkan kes-kes jangkitan wabak Covid-19 masih lagi meningkat dengan jumlah kematian yang tinggi.

Ketika ini, jumlah kes positif di Negeri Selangor telah mencecah 5 digit dan 3 digit bagi angka kematian.

Sultan Nazrin perkenan solat Jumaat dilaksana di Perak, maksimum jemaah 40 orang

Baginda juga kesal kerana ada segelintir pihak yang tidak berfikir panjang dan hanya mementingkan diri dengan sanggup memudaratkan jemaah lain sekiranya masjid dan surau dibuka semula seperti biasa. Baginda tidak mahu lebih ramai lagi rakyat Negeri Selangor mendapat jangkitan akibat lalai mematuhi PKP dan SOP sehingga boleh menyebabkan kematian.

Selepas ini, Baginda berharap tidak ada lagi pihak yang bertelagah sesama sendiri berhubung keputusan yang telah diambil sebulat suara oleh pihak berwajib ini, demi keselamatan umat Islam di Negeri Selangor.

Tegas Baginda lagi, tidak bererti jika masjid dan surau ditutup maka amal ibadah juga akan terhenti.

“PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM”
“BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN NEGARA”

Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani, D.P.M.S., J.S.D.

 

 

Institusi DiRaja dan Perlembagaan Iktiraf Kerajaan PN. – Wan Junaidi

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker