Institusi DiRaja dan Perlembagaan Iktiraf Kerajaan PN. – Wan Junaidi

Wan Junaidi Pada hari ini, saya telah menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pagi tadi (18hb Mei 2020).

Merafak Sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, kerana sudi mencemar duli bagi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke – 14

Meneliti ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baginda banyak menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat terutama yang sering berlegar di media sosial.

Dengan penuh jelas dan hikmah, titah baginda telah menyeru kepada para pemimpin dan ahli politik untuk tidak mengheret negara ke kancah politik tidak menentu, terutamanya apabila dunia sedang berhadapan dengan ancaman virus Covid-19.

Pengiktirafan kepada kerajaan baharu turut diberikan, apabila baginda menjelaskan bahawa menurut peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pembentukan kerajaan pada hari ini adalah sah dan telah mengikut lunas undang-undang negara.

Kita perlu faham bahawa, pembentukan sesebuah kerajaan di Malaysia tidak bergantung kepada mana-mana parti politik.

Sepertimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pihak yang mendapat sokongan majoriti di dalam Dewan Rakyat, akan berupaya membentuk sebuah kerajaan.

Penjelasan ini haruslah disambut baik oleh semua rakyat Malaysia, kerana ini merupakan demonstrasi terbaik sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#StayAtHome
#KitaJagaKeluargaKita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker