Lelaki ditahan baling sofa, tong gas akibat cuti tak lulus

PETALING JAYA: Beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap sofa dan tong gas yang dibaling seorang lelaki dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Batu Berendam, Melaka kerana berang permohonan cutinya tidak diluluskan majikan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Afzanizar Ahmad dipetik Utusan Malaysia berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian 1.30 pagi Jumaat di sebuah pangsapuri di Taman Melaka Baru itu.

Katanya, siasatan awal menunjukkan lelaki berusia 25 tahun itu berang kerana majikannya tidak meluluskan permohonan cutinya yang difahamkan untuk melawat bapanya yang sakit di kampung halaman.

Cermin depan sebuah kereta pecah selepas dihempap barangan yang dibaling suspek pada Jumaat. (Gambar Facebook)

“Susulan kejadian itu, kita menahannya sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya dipetik akhbar itu.

Beliau berkata, polis belum mengambil keterangan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk meneliti laporan pemilik kenderaan yang rosak dalam kejadian itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker