Semerbak… Polis serbu ‘ladang’ ganja dalam bangunan di tengah kota London
LONDON: Sebuah ‘ladang’ ganja dalam bangunan diserbu pasukan polis London di kawasan bersejarah kota itu, lapor Reuters.
Akibat banyak bangunan yang kini kosong semasa tempoh sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19, ada pihak yang mengambil kesempatan menanam pokok ganja.
Kes tersebut disifatkan yang pertama seumpamanya.
Polis London memberitahu, sejumlah 826 pokok ganja ditemui di dalam sebuah bangunan berdekatan bangunan Bank of England. Serbuan itu dilakukan kerana terdapat “bau kanabis yang kuat” dan tidak dapat dinafikan lagi.
London yang menjadi pusat pasaran insurans komersial terbesar dunia, selain bank dan pusat pengurusan dana, kini seumpama ‘bandar hantu’ sejak Mac tahun lalu. Kebanyakan pekerja telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja bagi mengelak penularan pandemik.
Di media sosial, ramai yang sudah membuat jenaka berkaitan lokasi penemuan ‘ladang’ ganja itu. Mereka berlawak tentang pekerja-pekerja Bank of England yang mungkin selama ini sangat ‘gembira’ menjalankan tugas di pejabat kerana aktiviti haram itu betul-betul di sebelah bangunan mereka.
Sumber: CNN
Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar
You must be logged in to post a comment.