Mengapa MB Kedah prejudis terhadap agama lain? – Ramanan

KUALA LUMPUR – Sejak pembatalan cuti umum bagi sambutan Thaipusam di Kedah, Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berdepan dengan kritikan pelbagai pihak.

Terbaru Timbalan Pengarah Strategi PKR, Datuk R Ramanan melahirkan rasa gusar mengapa Muhammad Sanusi bertindak di luar jangkaan.

438AEB78-0430-44BB-877D-79B0A7095D77

Ramanan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, keputusan Muhammad Sanusi untuk membatalkan cuti Thaipusam lebih cenderung untuk memuaskan agenda perinadi daripada membendung pandemik Covid-19.

Jelasnya, Thaipusam akan disambut masyarakat India tetapi dengan norma baharu.

“Pastinya upacara Thaipusam untuk Dewa Muruga ini akan berlainan sedikit daripada tahun-tahun sebelum ini yang mana anda boleh laksanakannya di kuil-kuil dengan kehadiran jutaan penganut.

“Kali ini lain tetapi upacara sembahyang itu tetap dilakukan lebih-lebih lagi yang sudah melakukan nazar,” katanya

Menurut Ramanan, tindakan Sanusi menunjukkan sifat keangkuhan dan tidak menghormati agama dan tradisi masyarakat lain dan beliau turut menunjukkan sifat rasis dalam isu perobohan Kuil Sri Raja Muniswaran.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas pengumuman Muhammad Sanusi bahawa tiada cuti umum untuk Thaipusam di negeri Kedah pada tahun ini, kerana semua aktiviti perayaan tersebut telah dibatalkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Thaipusam merupakan cuti peristiwa untuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan negeri lain tidak membatalkan cuti berkenaan walaupun larangan sambutan itu turut dikenakan di negeri terbabit.

Sementara itu, Ramanan mempersoalkan mengapa kepimpinan Pas dan Perikatan Nasional (PN) tidak mengambil tindakan ke atas Menteri Besar Kedah itu. -MalaysiaGazette

Isu Cuti Thaipusam: Ini Jawapan Tuntas MB Kedah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker