Resipi Air Detoks

PERNAHKAH anda berdepan masalah sukar tidur pada waktu malam, sakit kepala kerap berulang dan badan terlalu letih serta tidak bermaya untuk melakukan sebarang pekerjaan?

Keadaan itu juga disusuli dengan masalah berat badan sukar dikawal dan bau badan kurang menyenangkan sehingga menyebabkan anda tidak selesa dengan diri sendiri.

Gejala ini merujuk kepada masalah toksin dalam badan yang tersimpan terlalu lama dan tidak dikeluarkan secara semula jadi menerusi sistem imun serta fungsi ginjal dan hati.

Apabila ketiga-tiga sistem atau anggota tidak dapat lagi menampung atau membersihkan toksin dalam badan, gejala itu akan dialami dan individu perlu menjalankan proses detoksifikasi sama ada pengambilan makanan ataupun senaman dalam meningkatkan pengeluaran toksin dari badan.

Antara disarankan kepada individu dalam membantu pengeluaran toksin adalah dengan pengambilan permakanan yang dapat menyingkirkan toksin daripada badan.

Minuman detoks antara amalan diamalkan kebanyakan orang kerana mempercayai herba dan buah-buahan dalam minuman itu bukan sahaja membekalkan vitamin serta mineral, tetapi ada unsur menyingkirkan toksin keluar daripada badan.

Berikut tiga resipi air minuman detoks yang boleh diamalkan pembaca bagi mengatasi masalah toksin berlebihan dalam badan. Disarankan juga menjalankan pemeriksaan kesihatan selain mengamalkan gaya hidup aktif seperti bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

 

MINUMAN detoks lemon dan timun serta daun pudina disimpan dalam botol untuk isian semula.
MINUMAN detoks lemon dan timun serta daun pudina disimpan dalam botol untuk isian semula.

 

Resipi pertama

Gabungan timun dan lemon serta pudina

Kaedah penyediaannya ialah satu biji lemon dihiris nipis bersama kulitnya, kemudian timun dipotong secara memanjang atau membulat dan dimasukkan dalam botol air berukuran 1.5 liter.

Kemudian ambil daun pudina dan dimasukkan dalam botol sama dan diisi air hingga penuh. Air berkenaan boleh diletakkan dalam peti ais. Isian air boleh diisi sehingga tiga kali sebelum bahan berkenaan diganti dengan baharu. Sebaiknya pengambilan air berkenaan di awal pagi dan malam sebelum tidur.

 

HALIA dan serai ramuan tradisi penting dalam perawatan tradisional.
HALIA dan serai ramuan tradisi penting dalam perawatan tradisional.

 

Resipi kedua

Halia, madu dan serai

Dalam menyediakan minuman ini, bancuhan pertama sebaiknya menggunakan air panas iaitu diisi dalam bekas air berisian 1.5 liter. Halia saiz dua ibu jari, lima sudu madu dan tiga serai diketuk dicampur dalam air panas.

Kacau seketika dan biarkan sehingga suam. Boleh diminum ketika panas atau disimpan dalam peti ais untuk dinikmati ketika sejuk.

 

TIMUN dan lemon mempunyai elemen baik dalam menyingkirkan toksin badan.
TIMUN dan lemon mempunyai elemen baik dalam menyingkirkan toksin badan.

 

Resipi ketiga

Teh hijau dan lemon

Teh hijau mempunyai elemen terbaik dalam menyingkirkan toksin dalam badan. Namun dengan menyediakan teh berkenaan bersama lemon memberi efek ekstra. Penyediaan juga ringkas iaitu air panas bagi membancuh teh hijau.

Ambil sebiji lemon disediakan dalam botol air berisian 1.5 liter. Boleh gunakan bancuhan teh atau campur dengan air biasa. Boleh juga dinikmati ketika panas iaitu secawan teh hijau dengan satu hirisan lemon.-HM

Leave a Reply