Pemimpin Perlu Faham Isyarat Ahli, Segerakan Pemilihan UMNO Usah Beri Alasan Lagi

Beri peluang akar umbi tentukan pemimpin, hala tuju parti

KUALA LUMPUR: Perbalahan antara sesama pimpinan UMNO dilihat boleh melemahkan parti itu, dan jalan terbaik untuk selesikannya adalah melalui pemilihan UMNO.

Itu pandangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mahu ahli UMNO mempercepatkan pemilihan parti bagi membolehkan lebih 3 juta ahli akar umbi menetukan mandat dan hala tuju bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Memetik temu bual bersama Sinar Harian, beliau mendakwa terdapat tiga kelompok yang bertentangan dalam UMNO ketika ini menyebabkan keadaan semakin parah.

“Ia terdiri daripada kumpulan yang mahu bergerak bersendirian pada PRU15, kumpulan mahu kekal bersama PN dan satu lagi kumpulan menuntut penjajaran politik baharu dengan parti pembangkang.



“Ketika ini bukan sahaja akar umbi parti, bahkan rakyat juga tidak jelas dengan hala tuju sebenar UMNO ini,” katanya.

Dr Khir turut berpandangan, darurat sebagai jalan terbaik meredakan konflik politik negara yang tidak berkesudahan melihat kepada tuntutan PRU pada saat COVID-19 semakin kritikal ini.
Masalah dalaman

Senada dengan Dr Khir, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman yang menyifatkan masalah dalaman UMNO sudah sampai ke kemuncak disebabkan kepimpinan lemah.

Abdul Aziz bersetuju sudah sampai masanya parti Melayu terbesar itu menerima mandat baharu daripada akar umbi.



“Budaya pemilihan UMNO itu perlu diubah dan dihindari daripada politik wang atau pengaruh warlords.

“Proses pemilihan yang suci akan menentukan kesucian UMNO itu sendiri dan sekiranya amalan budaya politik wang masih menjadi amalan dan pilihan, UMNO tidak akan berubah sampai bila-bila,” kata Aziz dipetik Sinar Harian.
Pemimpin bermasalah

Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib turut memberi pandangan — mana-mana pemimpin bermasalah digesa segera mengundurkan diri dan beri lebih ruang kepada pemimpin berkelayakan demi kelangsungan politik itu.

“Sekarang ini, soal beralah kepada yang pemimpin lebih layak menjadi masalah besar dalam UMNO kerana ada yang tidak mahu beralah.



“Ini namanya tidak bertimbang rasa, tidak kasihan dengan parti dan bersifat bodoh sombong. Akar umbi sepatutnya kena tahu beza mana kaca dan mana permata,” kata Muhammad.

Muhammad Taib yang juga bekas Menteri Besar Selangor turut mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak mengulangi kesilapan sewaktu PRU14 dengan hanya mengangkat pemimpin popular dalam parti sahaja, sedangkan calon tersebut ditolak rakyat.

Related Articles

One Comment

  1. Masaalah dalam umno ni dari dulu adalah mentaliti ahli2 nya yang punya sifat kandang, bila saekor masuk habis semua ikut masuk dan terjerat. Pemimpin2 menggunakan kelemahan ini sebagai modal untuk bertahta, dengan menggaji beberapa tukang sorak memuji dan memuja diri mereka untuk menambat hati ahli2 untuk mempertahankan walaupun pemimpin2 bermasaalah. Lihat saja yang sedang berlaku sekarang, pemimpin2 yang dibelit dengan kes2 mahkamah masih disokong oleh ahli2 umno mengikut ketua2 bahagian dan cawangan yg kenyang. Selagi sifat ini tidak dikikis, selagi itu sokongan pengundi akan berkurangan malah ramai yang akan membenci umno.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker