Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong

Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan Naib Presiden DAP, Teresa Kok bahawa partinya bekerjasama dengan Pas pada 2020 kerana akur dengan keputusan bersama Barisan Nasional (BN).

Beliau menambah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga merupakan Pengerusi BN ketika keputusan itu dibuat.



“Sama dengan keadaan ketika ini di mana MCA sokong kerajaan hari ini sebab menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong seperti mana yang didukung bersama oleh BN.

“Susah untuk faham ke? Jika masih tak faham, tambah dos kepada dua sudu sawit sehari,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Teresa dalam satu kenyataan menyarankan agar MCA keluar dari BN dan kembali ke tangan Perikatan Nasional (PN) untuk memperbaharui hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

Sebelum itu, Ka Siong membidas kenyataan Teresa seperti dilaporkan sebuah akhbar kelmarin yang mendakwa MCA sebagai ‘agak sesat’.



Ahli Parlimen Seputeh itu berkata demikian seperti dilaporkan sebuah akhbar kelmarin bagi mengulas mengenai kritikan yang disuarakan oleh para pemimpin MCA terhadap beberapa dasar Kerajaan Perpaduan.

Namun, Ka Siong dalam kenyataan pada hari yang sama menegaskan, MCA tidak akan menjadi ‘pak turut’ semata-mata dalam isu melibatkan kepentingan rakyat dan terus menegur Kerajaan Perpaduan secara konstruktif.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu turut bertanya kepada Teresa parti mana yang bekerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat dari 2008 hingga 2015.

“Parti dan gabungan apa yang bantu DAP bentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)? Siapakah Timbalan Perdana Menteri sekarang?



“Ke mana perginya janji-janji DAP berdekad-dekad lamanya kepada golongan bukan Melayu terutamanya pada kaum Cina?” soalnya.

Beliau berkata, Teresa langsung tidak layak untuk membincangkan tentang prinsip dan tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Ka Siong memberitahu, Teresa tidak layak menjadi jurucakap BN dan UMNO untuk mengusir MCA keluar dari gabungan parti tersebut.

“BN ditubuhkan bersama oleh UMNO, MCA dan MIC. Faham? Tidak ada kena mengena dengan kamu!



“Teresa, jangan jaga tepi kain orang. None of your business! Jangan menyibuk!” tegasnya. MG

Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker