Jawatankuasa Darurat: PH Akan Beri 3 Nama

Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan tiga nama untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa bebas yang akan segera ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong tentang tempoh darurat.

Bercakap pada sidang media dalam talian hari ini, Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengatakan PH telah menerima penjelasan daripada Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan mengenai jawatankuasa tersebut.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka mengemukakan tiga calon PH hari ini.



Menurut pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari, jawatankuasa itu akan terdiri daripada kumpulan ahli parlimen kerajaan serta pembangkang, selain pakar.

“Saya memberikan komitmen yang tegas bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik saja jawatankuasa khas bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak Covid-19 dah reda atau Kami mendapatkan ulasan Saifuddin mengenai apakah PH telah diberitahu tentang terma rujukan tetapi masih belum mendapat balasan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker