Annuar boleh puji melangit Bersatu tapi jangan tergamak tuduh UMNO derhaka


Tan Sri Annuar Musa melampau apabila membuat tuduhan UMNO menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, Ahli Parlimen Ketereh iti boleh memuji melangit Parti Pribumi Bersatu Makaysia tetapi jangan tergamak tuduh parti sendiri menderhaka kepada Raja seperti mana beliau pernah buat di Kelantan dulu.

Niat jahat Annuar terserlah apabila sengaja menularkan surat itu, dakwa Mohd Puad.

Tegas beliau, asas dan tujuan UMNO disebut dengan jelas dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO bahawa parti ini mendukung dan mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan negeri negeri dan Raja Berpelembagaan dan tiada kompromi mengenainya.



Katanya, tujuan Ahli Parlimen menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong ialah memohon perkenan baginda supaya satu sidang khas Parlimen dipanggil, maka terpulang kepada budi bicara beginda.

”Kenapa itu dikatakan menderhaka? Ia termaktub jelas dalam Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Hanya YDP Agong berkuasa memanggil sidang khas semasa darurat bukan Perdana Menteri.

”Sebab itu yang dipersoalkan ialah gelagat Perdana Menteri. Iaitu gelagat beliau semasa “proses” memberi nasihat kepada YDP Agung. Ketika itu dia tidak ada sokongan majoriti. Apakah dia bercakap benar.

”Lagipun dalam “Warta Ordinan Darurat” yang disiarkan, disebut dengan jelas di bahagian bawah selepas tanda tangan PM “akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan”,” katanya.



Menurut Mohd Puad lagi, Ahli Parlimen bertindak mengikut klausa itu kerana Perdana Menteri dituduh melakukan “darurat politik”.

”Apa stabiliti yang beliau mahukan melalui darurat dan menggantung Parlimen. Apakah tempoh 7 bulan sehingga Ogos pelabur asing akan masuk ke Malaysia?
”Darurat hanya menambah ketidaktentuan. Tiada check and balance (periksa dan imbang) Pelabur tidak akan menunggu 7 bulan lagi untuk datang,” ujar beliau.

Mohd Puad turut menyifatkan, kenyataan perdana menteri melalu darurat, pusat Kesihatan swasta boleh dikerah membantu memerangi pandemik Covid-19 juga mengelirukan.

Soalnya, apakah perdana menteri tidak percaya komitmen pusat kesihatan swasta untuk membantu.



Tambahan pula, menurutnya, tidak ada yang baharu dalam pakej ransangan yang diumumkan oleh perdana menteri dan mendakwa inisiatif berkenaan banyakannya sudah ada dalam bajet 2021.

”Moratorium automatik dan PKP pun macam bukan PKP. Orang bebas ke shopping kompleks dan tempat terbuka.

Justeru tidak timbul soal menderhaka kepada YDP Agong. Tetapi perdana menteri tidak boleh dibenarkan berbohong dan menjadi semakin autokratik,” katanya. MG

Nampak sangat darurat Abah darurat politik!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker