Ford diarah panggil balik 3 juta kenderaan dilengkapi beg udara Takata

NEW YORK: Ford diarahkan memanggil balik tiga juta kenderaannya yang dilengkapi beg udara Takata kerana menunjukkan petanda berisiko untuk menggelembung sendiri dan membahayakan keselamatan.

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) semalam menolak rayuan dikemukakan syarikat pengeluar kenderaan Amerika Syarikat (AS) itu.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan NHTSA mengeluarkan arahan supaya enam kenderaan yang dihasilkan antara tahun 2007 hingga 2012, termasuk Ford Ranger dan Ford Fusion dipanggil balik.

NHTSA mengesahkan 18 kematian direkodkan di AS setakat ini yang didapati berpunca daripada beg udara Takata yang meletup, selain menyebabkan beberapa kecederaan lain.

Agensi kebangsaan itu turut menolak petisyen Ford untuk memutuskan sebarang kenyataan berhubung beg udara Takata ‘sebagai tidak penting’.

NHTSA dalam keputusannya berkata Ford mengemukakan bukti yang tidak cukup bagi menyokong permohonannya.

PDRM dilengkapi kamera badan mulai tahun depan

“Mengambil kira kesan penyusutan terhadap pemacu beg udara ini – risiko pemacu untuk pecah dan serpihan besi terkena penumpang. Keputusan mengenai kenyataan tidak penting bagi memenuhi permintaan aspek keselamatan memerlukan asas yang sangat teguh dan bukti sahih.

“Permohonan Ford mempunyai pelbagai kepincangan, termasuk apabila dinilai secara berasingan dan keseluruhan, sekali gus menunjukkan kerosakan pada bahagian pemacu Ford adalah amat penting dan tidak boleh diabaikan dalam aspek keselamatan,” katanya.

Susulan keputusan itu, NHTSA memperuntukkan 30 hari kepada Ford merangka jadual supaya setiap pemilik kenderaan jenama itu diberikan notis dan melaksanakan penyelenggaraan.

Sementara itu, NHTSA mengumumkan petisyen yang sama seperti dikemukakan Mazda turut ditolak, sekali gus bakal menyaksikan kira-kira 5,800 kenderaan jenama itu bakal dipanggil balik.

Keputusan semalam dibuat susulan hasil penelitian General Motors yang mengarahkan supaya 5.9 juta kenderaan dilengkapi beg udara Takata untuk dipanggil balik, selepas penemuan mendapati wujud risiko kerosakan pada bahagian pemacu alat keselamatan terbabit. – AFP

Honda sahkan kematian ke-17 akibat pengembung beg udara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker