[VIDEO]“Pakcik Mintak Maaf Tak Dapat Hadir Nak Tengok Anakanda Berdua”.. Dr Zulkifli Kagum Budak 11 Tahun Tenang Terima Kehilangan Bapa

Kesedihan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Bentong, Pahang, yang kehilangan bapanya akibat COVID-19 pada 15 Januari lalu, turut dirasai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli yang memuat naik video perbualannya dengan Mohamad Nor Atho’ullah Mohd Kamil melalui akaun Twitter, turut menyatakan perasaan kagum dengan ketenangan dipamerkan kanak-kanak itu.

“Saya kagum dengan reaksi tenang ditunjukkan Mohamad Nor Atho’ullah, menerima pemergian ayahnya, Mohamad Kamil Ghazali, 51, mangsa COVID-19 yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB) pada 15 Januari lalu,” katanya dalam perkongsian itu, hari ini.

Melalui ciapan dan video dikongsi itu, Zulkifli dilihat berbual sambil bertanya khabar Mohamad Nor Atho’ullah, manakala perkongsian itu turut ditonton ramai warganet.

“Pakcik mintak maaf tak dapat hadir nak tengok dengan anakanda berdua, masa tak sempat sangat.

Lain kali pakcik datang kita makan nasi sama-sama.” Kata Dr Zulkifli

Katanya, banyak mesyuarat perlu dihadirinya ketika ini dan berjanji akan datang pada waktu lain untuk makan bersama kanak-kanak itu.

“Apa juga ujian Allah kita perlu sabar dan tabah. Pakcik dan menteri lain akan berikan sokongan serta bantuan.

“Sekiranya ada masalah boleh telefon pakcik, nanti kita tengok apa yang boleh kita bantu,” katanya.

Melalui klip dikongsikan, Mohamad Nor Atho’ullah kelihatan ditemani kakaknya, Nur Kamilatul Alifah, 26, yang mengusahakan perniagaan membuat roti secara perusahaan kecil sederhana (PKS) di rumah.

Allahyarham Mohamad Kamil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketari, Bentong, Pahang pada 15 Januari lalu dengan bantuan hospital dan Jabatan Kesihatan Pahang.

Beliau yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang tahap empat pada mulanya dimasukkan ke Hospital Serdang pada 31 Disember sebelum disahkan positif COVID-19.

Sementara itu, Mohamad Nor Atho’ullah bersama ibunya, Norazah Aziz, 50, bersama lima adik-beradiknya dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, dan kini sudah sembuh serta dibenarkan keluar.

Dalam perbualan itu, Zulkifli turut berpesan kepada Mohamad Nor Atho’ullah untuk mentaati ibunya, tidak meninggalkan solat dan belajar bersungguh-sungguh serta rajin.

“Pakcik mahu semua ahli keluarga Mohamad Nor Atho’ullah berjaya 100 peratus dan menjadi orang yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

“Walau apapun terjadi dalam kehidupan, kita masih beruntung kerana ada ibu, maka sayangilah dan taatlah kepadanya, Insya-Allah hidup kita diberkati Allah,” katanya.

Zulkifli turut mengakhiri perbualan itu dengan membaca doa dan menyatakan pihaknya menyediakan sedikit bantuan kepada keluarga terbabit-BH

[VIDEO] Adik Ini Kuarantin Seorang Diri Di MAEPS “Adik Ni Kehilangan Ayah Dan Terima Sumbangan Dari Geng Covid-19..” – Pemuda 😪

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker