Keputusan skandal rasuah Naib Pengerusi Samsung diketahui hari ini

SEOUL: Keputusan bagi perbicaraan berhubung skandal rasuah Naib Pengerusi Samsung Electronics, Lee Jae-yong bakal diketahui hari ini dan ada kemungkinan beliau akan disabitkan hukuman penjara jika didapati bersalah.

Pewaris syarikat gergasi teknologi itu menerajui Kumpulan Samsung sejak beberapa tahun lalu selepas bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jae-yong pernah dijatuhkan hukuman penjara pada 2017 atas tuduhan rasuah dan kesalahan lain yang berkaitan dengan kes terkenal di Korea Selatan yang menyaksikan bekas Presiden Park Geun-hye digulingkan.



Terdahulu, Mahkamah Rayuan menolak sebahagian besar tuduhan rasuah ke atasnya dan menangguhkan hukuman pada tahun berikutnya.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung kemudian memerintahkan lelaki berusia 52 tahun itu untuk menjalani perbicaraan semula.

Kes itu berpunca daripada rasuah bernilai jutaan dolar oleh kumpulan Samsung kepada rakan Presiden yang dipecat, Park Choi Soon-sil.

Samsung Electronics perkenal televisyen gaya hidup baharu



Beliau juga dipercayai menjadi perancang utama skandal rasuah berkenaan.

Sejak dibebaskan pada 2018, Jae-yong sibuk memulihkan imejnya yang tercalar.

Beliau menyertai Presiden Moon Jae-in ketika kunjungan ke India dan Pyongyang serta mengembangkan rangkaian perniagaan menerusi pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman serta jutawan India, Mukesh Ambani.



Skandal itu dikaitkan dengan salah laku ahli perniagaan terkemuka dengan tokoh politik di Korea Selatan.

Presiden yang digulingkan dan rakannya dituduh mengambil rasuah dari syarikat besar korporat sebagai habuan untuk mendapat layanan istimewa kerajaan. – AFP

BERITA BERKAITAN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker