Starbucks kenakan tindakan pekerja yang sokong Palestin

Starbucks kenakan tindakan pekerja yang sokong Palestin

Rangkaian kopi terkenal Starbucks sekali lagi menjadi perhatian apabila Dewan Perniagaan Yahudi Ortodoks mengancam untuk memboikot jenama kopi terkenal tersebut selepas kesatuan pekerja Starbucks secara terbuka menyokong Hamas.

Ini selepas tular sebuah poster yang dimuat naik oleh kesatuan pekerja Starbucks dilaman X di mana dengan terang menyatakan pendirian mereka untuk menyokong warga Palestin dan menentang sekeras-kerasnya penindasan yang dilakukan ke atas Israel.



Sebagai tindak balas kepada kenyataan pedih Kesatuan Pekerja Starbucks, naib presiden dan ketua pegawai komunikasi Starbucks Coffee Company, AJ Jones II segera menghubungi Duvi Honig, wakil Dewan Perniagaan Yahudi Ortodoks untuk memberi pendirian bahawa mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan kebencian. Di akhir kenyataan, beliau menyatakan bahawa, “Kami sangat tidak bersetuju dengan pandangan yang dinyatakan oleh Kesatuan Pekerja Starbucks.

Starbucks juga telah memfailkan aduan terhadap Kesatuan Pekerja Starbucks kerana menyalahgunakan nama, logo dan harta intelek mereka. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tindakan Kesatuan Pekerja Starbucks tersebut melulu dan tidak melalui penelitian yang jelas.

“Maklumat yang salah dan tajuk berita yang menghasut yang berpunca daripada imej dan kenyataan oleh Kesatuan Pekerja minggu lepas sangat mengusarkan kami,” tulis Jones II.

“Kami sangat tidak bersetuju dengan pandangan mereka. Ini termasuk pandangan ahli gabungan tempatan, penganjur kesatuan dan mereka yang mengenalkan diri sebagai ahli ‘Starbucks Workers United’.



“Tiada satu pun daripada kumpulan ini yang mewakili pendirian Syarikat Kopi Starbucks. Mereka tidak mewakili kepercayaan, pandangan atau kedudukan syarikat kami. Kata-kata dan tindakan mereka adalah milik mereka sendiri.”

Pihak syarikat kemudiannya menghantar mesej kepada semua pekerjanya, mengecam keganasan dan menekankan bahawa kenyataan individu tidak mencerminkan pendirian rasmi syarikat. Vc

Starbucks kenakan tindakan pekerja yang sokong Palestin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker