COVID-19: Kes positif dunia 93.6 juta, angka kematian melebihi 2 juta

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 93 juta kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan 93,630,022 kematian di peringkat global susulan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan 23,478,669 kes.

Ini diikuti India dengan 10,527,683 kes dan Brazil dengan 8,324,294 kes.

Dua negara, Rusia dan United Kingdom kini melangkaui 3 juta kes, iaitu masing-masing dengan 3,483,531 dan 3,325,636 kes.

Manakala negara yang melepasi angka 2 juta kes adalah Perancis, Turki, Itali, Sepanyol dan Jerman.

Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Belanda, Indonesia, Romania, Belgium, Kanada, Chile, Iraq, Bangladesh, Sweden dan Pakistan antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes.

Manakala bagi ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 390,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 207,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Jerman, Peru, Afrika Selatan dan Poland.

Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium antara negara merekodkan lebih 20,000 kematian.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker