[VIDEO] Adik Ini Kuarantin Seorang Diri Di MAEPS “Adik Ni Kehilangan Ayah Dan Terima Sumbangan Dari Geng Covid-19..” – Pemuda 😪

Kehilangan ahli keluarga akibat wabak Covid-19 merupakan detik yang paling sedih dan amat memilukan kerana tidak dapat menatap wajah dan memeluk mereka buat kali terakhir.

Terbaru, seorang pengguna Twitter bernama @KhairulFBI telah berkongsi satu video sedih memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menjalani kuarantin di pusat kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Kehilangan orang yang tersayang



Menerusi posting dimuat naik oleh pemuda itu, dia menyatakan budak lelaki tersebut telah kehilangan bapanya akibat virus Covid-19.

“This little man kehilangan ayahnya akibat Covid-19. Apa rasa kehilangan orang yang kita sayang tapi tak boleh nak pegang? Tengok pun tak boleh,” katanya.

@ayimmarleyAllahu, adik ni baru sahaja kehilangan ayahnya disebabkan Covid19. Semoga adik ni Tabah dan kuat.Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah ##fypシ ##fyp♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth
Menulis di kapsyen :

“Allahu, adik ni baru sahaja kehilangan ayahnya disebabkan Covid19. Semoga adik ni Tabah dan kuat.Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah”

Ronda keliling dewan



Rakaman video berdurasi satu minit itu juga memaparkan beberapa individu berganding bahu membuat sumbangan kilat untuk budak berkenaan agar sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya.

“Jadi kami ambil keputusan untuk buat sumbangan kilat buat adik ni. Alhamdulillah, dia terima sumbangan daripada geng Covid-19 MAEPS Serdang,” tulisnya dalam video tersebut.

Difahamkan, kisah si adik yang kehilangan ayahnya yang juga pesakit COVID-19 mencuri perhatian seluruh ‘warga’ MAEPS ketika itu, termasuklah Fahmi yang sedang dikuarantin di sana.

Daripada riak muka, mungkin adik ini kelihatan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin juga dia belum benar-benar faham makna apa itu kehilangan.

Atas dasar simpati dan solidariti, pihak pengurusan pusat kuarantin dibantu warga pesakit melancarkan kutipan tabung kilat buat si adik ini.



Inalillahwainnalilahirojiun. Tidak dapat dibayangkan kalau kita berada di dalam situasi adik ini. Sudah jatuh, ditimpa tangga lagi.

Apabila melihat di dalam video berkenaan, pesakit-pesakit lain yang berada di pusat kuarantin lelaki itu dilihat turut menemankan adik tersebut untuk mengutip sumbangan buat arwah bapa dan keluarganya.

Tersentuh apabila melihat pesakit-pesakit yang lain cuba memberi semangat kepada adik tersebut.

Tidak cukup dengan kutipan sumbangan, difahamkan warga MAEPS juga bersepakat menjalankan bacaan Yassin dan tahlil buat arwah ayahnya.



Apa yang membuatkan kita rasa ‘tersentuh’ ialah nilai kemanusiaan yang dizahirkan oleh mereka di sana.

Mereka sanggup meluangkan masa sebentar cuma untuk membacakan ayat suci Al-Quran sebagai ‘sedekah’ buat arwah, walaupun mereka sendiri sedang menderita melawan sakit.

Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan, bolehlah merujuk kepada maklumat di bawah ini.



Sementara itu, ada juga netizen lain berkongsi situasi lain yang berlaku terhadap si adik ini.

Dakwa netizen ini, selain menangisi pemergian ayah buat selama-lamanya, si adik ini juga dipercayai perlu bertabah akan ujian kesihatan yang menimpa ibunya.



Meskipun riak wajah yang ditunjukkan sangat sedih namun, budak tersebut kelihatan kuat menempuh dugaan yang melanda dirinya. Semoga yang terbaik buat adik ini

Sumber: Twitter KhairulFBI 

Kredit: OMM, YOY

10,000 katil di PKRC MAEPS 2.0 dijangka siap Jumaat depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker