‘Kencing, Berak Semua Atas Katil’ – Bekas Pesakit Covid-19 Stage 5 Cerita Pengalaman Beliau Di Hospital
Tidak dinafikan, jumlah peningkatan kes positif Covid-19 di negara kita semakin meningkat dan ianya membuatkan ramai bimbang dijangkiti virus tersebut. Seorang pengguna Facebook iaitu Zicko Syah berkongsikan pengalamannya sendiri ketika ‘diserang’ virus Covid-19 ini sehingga membuatkan dia tidak terdaya dan lemah.
Difahamkan, dia berada di stage 5 sehingga memerlukan alat bantuan penafasan dan pernah tidak sedarkan diri.
Sembuh dari Covid Stage 5
Melawan Covid-19 stage 5 selama 30 hari. Syukur, Alhamdulillah aku sihat juga selama beberapa hari melawan virus Covid-19. Ini antara serba sedikit pengalaman aku kena viirus Covid-19. Moga-moga ada yang baru dijangkiiti atau yang belum kena jangkiti kita ambil iktiibar semoga kita dijauhkan dari dijangkiti virus ini, sebab ramai menganggap kalau terkena ni kena kuarantin dua minggu bagi panadol dan boleh balik ternyata tidak. Covid ada peringkat dia. Ini serba sedikit tahap jangkitan Covid-19.
Terdapat lima peringkat klinikal Coviid-19. Tahap 1 tanpa gejala, tahap 2 simptomatik dan tiada radang paru-paru, tahap 3 simptomatiik dan radang paru-paru. Manakala tahap 4, simptomatik, radang paru-paru dan oksigen diperlukan. Tahap 5 adalah sakiit teruk dengan kegagalan multiorgan.
Aku adalah seorang yang paling jaga SOP, sampaikan kedai dan COD pun aku tak buka sebab risau kena jangkit. Ramai yang mesej macam mana boleh kena, sebenarnya kalau mahu jawab soalan tu memang susah sebab kita tak nampak virus ni. Kita hanya boleh buat andaian kena di sana kena di situ tapi tak sahih. Usah buat andaian berteka-teki dengan pesakit berikan kata-kata semangat sudah memadai.
Aku disahkan positif
Sebenarnya sebelum kena masuk wad aku sudah demam on off makan panadol sihat pastu sakit balik . Lima hari juga aku tahan sakit di rumah. Lepas tu ada kekuatan sikit baru la pergi hospital, lepas check doktor sahkan aku POSITIF COVID-19. Sedih juga tapi tawakal ja mahu sembuh, aku kurang bernasib baik sebab aku mempunyai symptom yang teruk seperti demam, sakit kepala, hilang deria bau, sesak nafas dan batuk.
Lepas check, aku terus kena bawa di pusat kuarantin Kota Belud, malam pertama aku bergelut sendiri demam yang teruk sakit kepala, suhu 38.8. Sampai la malam kedua di pusat kuarantin Kota Belud dan untuk rawatan check tekanan darah dan sebagainya. Pukul 3 pagi, doktor maklumkan aku akan di hantar di HQE. Tepat pukul 4 pagi, aku sudah start muntah-muntah pakaian habis basah.
Pakai alat bantuan penafasan
Pukul 5 pagi ambulance hantar dari Kota Belud ke HQE dalam perjalanan memang aku tak sedar time tu aku pakai bantuan alat pernafasan, sampai je naik kerusi roda pergi emergency HQE. Bila tengok kiri kanan semua pakai PPE.
Time di emergency aku kena check jantung, paru-paru dan memang Covvd sudah serang paru-paru badan penuh dengan wayar time tu. Lepas 8 jam di emergency, aku terus dibawa masuk wad biasa untuk hari pertama di HQE. Malam pertama di wad biasa aku mula rasa demam tapi dalam keadaan terkawal. Hari kedua keadaan aku makin teruk nafas makin sesak, malam tu juga aku dipindahkan wad ke tingkat 3 di HDW (unit rawatan rapi) sebelah dengan ICU. Selama berapa hari di HDW kencing dan berak semua di atas katil.
Dipindahkan ke was biasa
Alhamdulillah lepas berapa hari di HDQ, oksigen makin pulih dan paru-paru mula berkembang dan boleh bernafas dengan tenang, tidak lama tu aku dipindahkan ke wad biasa tapi masih pakai bantuan alat pernafasan. Setelah 4 hari di wad biasa perkara yang paling happy adalah aku tak perlu sudah guna bantuan alat pern4fasan. Syukur Alhamdulillah dan selepas 11 hari di wad barulah merasa masuk toilet.
Paling happy bila dapat mandi. Ya Allah teruja mandi setelah 13 hari tak mandi menangis dalam toilet berdoa time mandi. Alhamdulillah keadaan aku di wad biasa makin okay cuma kadar gula dalam badan naik mungkin disebabkan ubat dalam badan dan selama di wad aku hari-hari kena insulline.
Keadaan aku semakin hari semakin okay di wad biasa. Alhamdulillah… tapi tangan pula bengkak bekas jarum (bengkak yang amat sakit) ambil masa lama nak pulih keluar wad pun masih bengkak dan sambung makan antibiotic-TehTarikKaw
Sumber: Zicko Syah
You must be logged in to post a comment.