Kerajaan jimat RM17 bilion jika T20 tak dapat subsidi petrol, gas

sz

Kerajaan jimat RM17 bilion jika T20 tak dapat subsidi petrol, gas

Kerajaan boleh menjimatkan sehingga RM17 bilion jika kumpulan T20 tidak diberikan subsidi minyak petrol dan gas, kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad berkata golongan kaya mendapat manfaat sebanyak RM17.8 bilion (35 peratus) daripada keseluruhan RM50.8 bilion subsidi untuk petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada 2022.

Sementara itu, 24 peratus daripada subsidi kerajaan memberi manfaat kepada kumpulan B40 manakala baki 41 peratus lagi dinikmati golongan M40.

Ahmad berkata jumlah besar yang boleh dijimatkan daripada pemberian subsidi kepada kumpulan T20 boleh digunakan untuk membantu golongan miskin dan urusan lain di 26 Kementerian.

“Dari segi angka, RM50.8 kalau darab dengan 35 peratus yang diguna oleh T20, nilainya, RM17.8 bilion.

“Kita kita tidak mahu lagi T20 dapat subsidi petrol, diesel LPG, kerajaan boleh jimat RM15 hingga RM17 bilion.

“Jika T20 tidak diberikan subsidi petrol, LPG, anggaran penjimatan RM15 bilion hingga RM17 bilion.

“Yang berhormat- yang berhormat boleh bayangkan berapa banyak boleh kita guna dari RM15 hingga RM17 bilion itu untuk bantu rakyat dalam pelbagai perkara dan urusan di 26 kementerian,” katanya. Mk

Kerajaan jimat RM17 bilion jika T20 tak dapat subsidi petrol, gas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker