Komposer lagu Justin Bieber cipta lagu untuk Nadeera

Komposer lagu Justin Bieber cipta lagu untuk Nadeera

PERTANDINGAN Big Stage musim kelima (BS5) yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah menyaksikan peserta bernama Nadeera Zaini, 30, dinobatkan sebagai juara.

Dalam memacukan perjalanan seninya yang baharu sahaja bermula, label hiburan terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment menghadiahkan lagu baharu khas buat Nadeera sebagai penghargaan terhadap kemenangannya.



Azlin Reza Azmi selaku Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, sesungguhnya pihaknya amat berbangga dengan kejayaan yang diraih oleh Nadeera.

“Sepanjang 10 minggu berentap, ramai telah menyaksikan kesungguhan serta kemampuan penyanyi ini yang sememangnya layak bergelar juara.

“Ternyata Big Stage merupakan tempat lahirnya bintang-bintang industri muzik baharu yang berkemampuan untuk mencapai kejayaan pada tahap internasional.

“Oleh itu, pihak Rocketfuel berbesar hati menghadiahkan sebuah lagu ciptaan komposer tersohor dari Korea Selatan, Hyuk Shin yang merupakan pencipta lagu ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian penyanyi antarabangsa terkemuka, Justin Bieber.



“Kami berharap Nadeera mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan lagu yang bakal dirakamkan nanti,” jelasnya.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd sememangnya menghargai bakat-bakat baharu yang lahir dari pertandingan realiti terutamanya terbitan Astro.

Dan sebagai tanda sokongannya terhadap industri muzik Malaysia, pendekatan sebegini selalunya diambil agar artis tersebut dapat berkembang lebih maju pada masa hadapan.

Prem Anand, Ketua Rocketfuel Entertainment berkata, pihaknya sememangnya memberikan sokongan dan galakan 100 peratus untuk penggerak muzik pelapis baharu industri hiburan Malaysia agar mereka dapat pergi jauh lagi dalam kerjaya masing-masing.



“Ia sekaligus menjadikan program Big Stage sebagai platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan agar program ini lebih maju ke hadapan dengan konten-konten yang bermutu dan berkualiti,” katanya. Utv

Komposer lagu Justin Bieber cipta lagu untuk Nadeera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker