Shahriza Mahmud Punyai Peluang 50/50 Untuk Hidup: “Mereka Kata Ia Satu Keajaiban”

Terkini di My KMU !!!!---->

Sedar dari koma, Sabtu lalu selepas dirawat di Hospital Putrajaya, pelakon Shahriza Mahmud, 55, dikatakan mempunyai peluang 50/50 untuk hidup sebelum ini.

Shahriza ketika dihubungi berkata, keadaannya selepas dimasukkan ke wad pada 4 Januari lalu sangat kritikal, malah doktor tidak dapat memberi jaminan kepada suami, Saddiq Raffali, 40, mengenai peluangnya untuk hidup: “Mereka kata ia satu keajaiban,” katanya.

Shahriza berkata, dia juga tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekelilingnya kerana ditidurkan apabila dimasukkan ke wad.

“Hari keenam barulah saya sedar. Doktor tanya tahu tak dah berapa hari dalam ICU (Unit Rawatan Rapi)? Saya pun jawablah tiga hari, rupa-rupanya sudah enam hari. Lama betul saya tidur.

“Apabila dikejutkan, saya ‘blur. Apa yang saya nampak wajah doktor dan jururawat yang sangat-sangat terharu,” tuturnya.

Pada 4 Januari lalu, pelakon yang menempa nama menerusi drama ‘Spektra’ pada era 1990-an ini mula dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas meracau-racau selain suhu badannya terlalu tinggi.

Klik untuk gambar besar

Doktor mendapati ada jangkitan kuman pada darah serta paru-parunya dan memberikan dos antibiotik yang paling kuat. Ditanya punca sakit dan simptom yang dihadapi, Shahriza berkata, dia mulanya demam dan mengigil sebanyak tiga kali.

“Saya tak boleh kawal mengigil sehingga sampai ke tulang. Doktor kata panas saya tinggi tapi saya tak rasa panas pun. Saya juga mengalami muntah hitam. Minum air putih semua jadi hitam.

“Minum air 100 Plus pun jadi hitam. Mengenai hasil ujian ultrasound, doktor nak pantau 10 hari lagi untuk pastikan semua racun keluar,” jelasnya.

Shahriza turut sedih kerana suaminya, Saddiq Raffali, 40, masih tidak dibenarkan menemaninya di hospital: “Sedih kerana dia tak boleh masuk, tak boleh dekat dan sudah 10 hari berada di luar wad sahaja. Apapun saya berterima kasih kepada suami dan semua pihak atas doa mereka buat saya.

“Tak terkecuali terima kasih terhadap barisan doktor dan jururawat yang bertungkus lumus menyelamatkan saya dan melayan saya dengan baik,” katanya yang kini terbabit dengan satu projek telenovela terbitan Global Station Sdn Bhd.

Leave a Reply