Dua wanita warga asing ditahan atas dakwaan menculik di Genting Highlands

Dua wanita warga asing ditahan atas dakwaan menculik di Genting Highlands

DUA wanita warga asing telah ditahan susulan kes tular seorang kanak-kanak nyaris menjadi mangsa culik di Genting Highlands, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kedua-dua wanita berkenaan yang masing-masing berusia 42 dan 50 tahun telah ditahan pada pukul 11.30 pagi tadi.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan semalam selepas satu laporan yang dibuat bapa mangsa, Selasa lalu.

Zaiham memaklumkan, ia susulan penularan video berdurasi satu minit 20 saat melalui akaun TikTok milik @Alfitry_Azmi52.

“Polis telah merakam percakapan pengadu dan kesemua saksi.

“Bertindak atas siasatan yang telah dijalankan, polis telah menahan dua wanita warganegara asing masing-masing berusia 42 dan 50 tahun lebih kurang 11.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham memaklumkan, kertas siasatan berhubung kes tersebut akan dirujuk ke pihak timbalan pendakwa raya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan atas cubaan culik,” jelas beliau.

Pada masa sama, Zaiham turut menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap aspek keselamatan anak atau kanak-kanak di bawah jagaan.

“Sentiasa peka terhadap keselamatan anak atau kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing terutamanya di tempat yang sesak dengan orang ramai bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Khamis lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands.

Ia susulan penularan video di TikTok dan turut dimuat naik ke Facebook.

Video tersebut memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan hampir menjadi mangsa culik oleh seorang wanita warganegara asing di Genting Highlands.

Dua wanita warga asing ditahan atas dakwaan menculik di Genting Highlands


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker