Proklamasi Darurat: Penubuhan Jawatankuasa Bebas perkembangan sihat – Chandra Muzaffar

KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Bebas sepanjang pelaksanaan darurat disifatkan sebagai perkembangan yang sihat dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, badan yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan itu mampu mengubah suhu panas politik, selain menyelesaikan krisis kesihatan yang sedang dihadapi.

“Sebahagian besar sejarah negara kita ini sejak tahun 1957 sudah ada darurat. Darurat (dilaksanakan) di Kelantan, Sarawak, darurat yang dikaitkan dengan komunis, darurat pada 1969 dan sebagainya.
“Apakah kesan kepada kehidupan rakyat dan kali ini lebih jelas kerana ada beberapa parameter yang ditentukan oleh pemerintah.

“Sebagai contoh bahawa ada tempoh tertentu ini dan ia ada matlamat yang begitu spesifik termasuk isu berhubung kait dengan kesihatan, soal COVID-19 dan sebagainya,” katanya dalam program Agenda AWANI, di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Chandra berkata, situasi politik di Malaysia disifatkan luar biasa berbanding beberapa negara-negara lain meskipun mereka berdepan masalah yang hampir sama dengan negara ini.
Jelasnya, ‘keistimewaan’ itu antaranya disebabkan kerajaan yang memerintah ketika ini mempunyai majoriti yang tipis selain keinginan segelintir pihak yang mahu merampas kuasa.

Darurat , apa yang perlu kita tahu mengenainya

“Kalau kita banding dengan negara-negara lain di mana parti memerintah, mereka boleh disifatkan sebagai parti minoriti tetapi mereka kekal, dapat memerintah, menggubal dasar dan sebagainya.

“Ini kerana sikap yang ada pada pembangkang. Pembangkang memahami bahawa ini (sokongan minoriti) satu ciri utama sistem demokrasi dan ada kalanya parti memerintah bersifat minority.

“Jadi, mereka menghormati proses itu dan mereka tunggu sehingga pilihan raya umum diadakan dan sebagainya,” ujar beliau lagi.

Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Tempoh pelaksanaan darurat tersebut sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

Proklamasi darurat: Wajibkah YDPA mengikut nasihat PM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker