Kelainan Malaysia tangani Covid-19 – Shahrir
Malaysia telah melakukan kelainan apabila mengumumkan darurat satu negara dengan tujuan untuk melandaikan jangkitan Covid-19, pada masa sama turut mengisytiharkan tidak akan ada pilihanraya kecil, negeri atau umum semasa tempoh darurat.
Parlimen dan dewan-dewan undangan negeri juga ditangguh daripada bersidang.
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata: ”Ini kelainan Malaysia dan ianya hak pemerintah masa ini memikirkan cara yang paling sesuai untuk mengatasi masalah Covid-19 di kalangan rakyatnya”.
Menurut beliau, ketidakhadiran Ahli Parlimen dari Sandakan dan Gerik kerana pilihan raya kecil di dua kawasan itu ditangguhkan kerana pengisytiharan darurat tidak menjejaskan persidangan Parlimen, malah tidak menimbulkan perbahasan tentang hak demokrasi rakyat di kedua-dua kawasan berkenaan.
Ketiadaan tiga menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana didapati positif Covid-19 juga tidak menjejaskan perjalanan kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau pun sistem dan amalan demokrasi.
Shahrir menambah, semasa pengundian Belanjawan 2021, Ahli Dewan Rakyat yang menjalani kuarantin dibenarkan hadir sambil memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan di bawah jagaan pasukan kesihatan.
Ia adalah bukti bagaimana penting dipertahankan sistem dan amalan demokrasi, sama ada semasa di landa Covid-19 atau tidak. MG
https://mykmu.net/2017/01/23/bila-muhyiddin-berbicara-silamenunggul/
You must be logged in to post a comment.