Guan Eng, Annuar sindir-menyindir mengenai ‘lalang’

Lim Guan Eng berkata Annuar Musa tidak patut mengheret DAP dalam masalahnya dengan rakan Umno.

GEORGE TOWN: Annuar Musa memberitahu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya “memeriksa lalang di belakang rumah sendiri” selepas Lim menyelarnya berhubung dakwaan parti itu dan Umno mahu bekerjasama membentuk kerajaan baru.

Bagaimanapun, dalam jawapannya kepada “tweet” Annuar yang secara halus merujuk kepada mentaliti lalang, Lim berkata bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) itu “menjaja kisah dongeng” dan “lidah bercabang”.

“Adakah beliau merujuk kepada rumput berhampiran bangunan Umno atau di belakang rumahnya? Kamu jaga halaman belakang rumah kamu dan kami jaga kami punya,” kata Lim pada sidang media di ibu pejabat DAP negeri.

Semalam, Annuar mendakwa ahli kanan Umno menghadiri “beberapa mesyuarat” sebagai persediaan bekerjasama dengan DAP.

UMNO ada kompleks tinggi diri, lupa kalah PRU – Annuar Musa

Lim kemudian menggelar Annuar “tidak jujur” kerana mengheret DAP dalam usahanya menyelamatkan kerjaya politik dengan Umno. Beliau menafikan sebarang perbincangan dengan Umno berhubung kerjasama politik dengan DAP.

Hari ini, beliau ulang mengecam Annuar dengan mencabar Menteri Wilayah Persekutuan itu supaya menafikan pernah bercakap dengannya mengenai cadangan mengadakan mesyuarat bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Kuala Lumpur untuk membincangkan isu berkaitan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lim berkata, hakikatnya beliau lebih banyak berbual dengan Annuar berbanding Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak, dalam usaha mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, Annuar gagal mematuhi janji untuk menemui mereka, seterusnya “membuktikan beliau tidak boleh diharapkan.”

 

Bersatu: Kawan atau lawan Umno?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker