UMNO ada kompleks tinggi diri, lupa kalah PRU – Annuar Musa

Dalam temubual Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan bersama Annuar Musa semalam, sedikit sebanyak dapat mencerahkan pendirian Annuar Musa sejak kebelakangan ini yang seakan – akan dilihat oleh ahli UMNO sebagai menongkah arus.

Walau bagaimanapun menurut Annuar berkata naratif itu sengaja direka oleh sebahagian pihak yang tidak senang dengannya kerana mempertahankan mandat parti yang telah diputuskan sebelum itu secara bersama.

Ramai pemimpin UMNO dan ahli parti dipelbagai peringkat dilihat berselisih dengan Bersatu secara terbuka berbalas hujah samada dimedia sosial ataupun di apabila parti itu mendakwa tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN yang membentuk kerajaan Persekutuan.

“Itu cerita rekaan…Separuh daripada kabinet adalah (daripada) BN…Apa benda yang kita buat dalam kerajaan kita boleh buat, dan kita boleh ambil tanggungjawab.

“Tapi mengapa nak reka cerita kita tak dilayan dengan baik?” soalnya.

Menurut Annuar, Umno telah menerima struktur kabinet tersebut ketika menyertai kerajaan pada Mac, justeru dia mempersoalkan mengapa suara tidak puas hati timbul selepas itu.

UMNO sepatutnya sedar diri mereka ditolak oleh rakyat dalam PRU14 yang lalu dan menjadi pembangkang selama 22 bulan. Sebahagian daripada pemimpin dan ahli UMNO masih berkhayal terperangkap dalam superiority complex mahu UMNO menjadi kerajaan tanpa perlu sokongan dan dokongan orang lain.

Beliau juga mengingatkan bahawa keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu adalah keputusan bersama parti itu, dalam usaha untuk menolak kerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Berkenaan jawatan timbalan perdana menteri daripada Umno pula, dia berkata parti itu harus jelas sama ada tuntutan itu dibuat mewakili parti atau untuk kepentingan individu tertentu semata – mata. Perlu ada isyarat jelas kerana Muhyiddin telah jelas meletakkan tanda atas bahawa pemimpin dalam siasatan dan ada kes di mahkamah tidak akan dilantik.

Soalnya, apakah Umno mahu Muhyiddin mungkir janji untuk tidak melantik pemimpin yang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah dalam kerajaan, atau apakah ia mahu mengabaikan pendirian presiden Ahmad Zahid Hamidi untuk membersihkan namanya di mahkamah.

“Kalau tak mahu semua itu, bagitahulah demikian,” katanya.

Untung menang PRU15 kita perlu bersatu bukan berpecah, kita cepat bangkit dari kekalahan kerana kita bersatu, jika kita tewas dan gagal menjadi kerajaan dalam PRU15 percayalah kita tidak akan dapat bangkit lagi.

PRU15: PAS tak kerjasama dengan Umno jika tanpa Bersatu – Annuar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker