Semua tahu PN sarat dengan pengkhianat – Shahrir

Share

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa betul-betul terdesak mempertahankan Belanjawan 2021 sehingga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim menggelar Ahli-Ahli Parlimen yang tidak sokong belanjawan boleh digelar pengkhianat.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan Shahidan sungguh agresif memandangkan gelaran seperti itu tidak pernah dibuat apabila ada Ahli-Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan bajet oleh kerajaan.

Namun Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu mempersoalkan bagaimana Shahidan boleh menjadi Pengerusi PNBBC kerana beliau adalah Ahli Parlimen Barisan Nasional.

”BN bukan dalam PN pun. Jadi macam mana dia boleh jadi pengerusi ‘backbenchers’ Perikatan Nasional,” soalnya.

Menurut Shahrir, sebenarnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menjadi pendukung utama PN sarat dengan pengkhianat.

Katanya, semua tahu Ahli-Ahli Parlimen Bersatu semuanya biasa mengkhianati kawan-kawan dan perjuangan asal mereka.

”Tan Sri Muhyiddin, ‘mengkhianati’ Tun Mahathir. Azmin ‘khianati’ PKR, Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir.

”Hamzah, Dr Latif, Mustapha Mohamed dan lain-lain ‘khianati’ UMNO dan Tun Mahathir,” katanya sambil berkata, Bersatu yang menjadi pendukung utama PN sarat dengan pengkhianat.

”Sekarang Shahidan pula guna istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang tidak sokong Bajet 2021.

”Betul-betul terdesak mempertahankan Bajet 2021!,” katanya. MG

Pengkhianat kalau tolak Belanjawan 2021, Shahidan beritahu Najib

Leave a Reply