Formula ‘Selamat’ Untuk Penyatuan 3 Parti Melayu?

Sebenarnya dah ada formula selamat untuk penyatuan 3 parti Melayu dahulu. Pertama adalah pengekalan status quo bagi 54 kerusi UMNO, 18 kerusi PAS dan 12 kerusi PPBM.

Masalah yang berlaku adalah syarat pertama ini pun tak lepas. Sebab ada parti yang mahu mengekalkan kerusi2 lompat sepertimana situasi PRN Sabah.

Dah la rampas kerusi, kemudian nak pemilik asal bantu kekalkan / berkempen untuk mereka di kerusi itu pula. Dah hilang akal agaknya. Yahudi pun rampas tanah Palestin je tuan-tuan. Tak adanya dia suruh rakyat Palestin bina rumah untuk dia atas tanah haram tu



Jadi bila formula asas ini gagal, maka berlakulah rantaian perkara yang memualkan. Curi ahli parti sekutu, tawar wang untuk buat cawangan, lemahkan jentera parti kawan, buat kenyataan yang merendah-rendahkan orang.

UMNO ni manusia jugak tuan-tuan. Bukannya beruk yang tak ada perasaan. Kalau dah sampai ke tahap itu, takkanlah dia masih tak melawan?

Dan bukan UMNO saja kena. PAS pun kena juga. Baca saja kenyataan Timbalan YDP PAS Raub dan YDP PAS Gombak tentang usaha-usaha melemahkan parti dan Muafakat Nasional.

Ada orang kata, tak apalah ahli kena curi. Sebab itu bukti ahli kita tak ada kualiti. Buat apa nak simpan lagi?
Betul.



Tapi kalau member mengorat bini kita, takkan kita biar sahaja? Kalau bini terpedaya, kita ni dayus sangat ke sampai masih sanggup berpeluk dengan orang yang rosakkan perkahwinan kita?

Nak selesai masalah ini boleh lagi sebenarnya. Belum terlambat. Kembali semula kepada formula asal. Hentikan tuduh menuduh. Hormat kedudukan kawan. Jangan buat perkara yang rosakkan persahabatan. Sedar diri dan kedudukan.

Jika PAS perlu jadi mediator, maka jadilah mediator yang seimbang. Segelintir kepimpinan perlu berhenti keluarkan kenyataan yang boleh ditafsir memihak. Kerana itu akan mengurangkan kemampuan sebagai orang tengah yang berkesan.

Jika tidak mampu, maka biarkan sahaja UMNO dan PPBM berbalah.



Sesetengah orang kadang-kadang memang perlu berdarah muka putus tangan lebam mata barulah akan mencari jalan untuk bersama.

Cuma tengok sahajalah siapa dulu yang akan putus kepala.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker