Vaksinasi COVID-19 dijangka bermula Mac

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan program vaksinasi COVID-19 dilaksanakan pada Mac ini selepas mendapat kelulusan vaksin pada hujung Februari.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selepas program vaksinasi itu, pihak kementerian akan menunggu antara tiga hingga empat bulan untuk melihat hasil keberkesanannya.

“Diingatkan, selepas menerima suntikan vaksin ini, tidak bermakna ia boleh dianggap sebagai pasport imuniti, kita masih perlu memantau keberkesanan vaksin ini dan menunggu tiga hingga empat bulan untuk lihat hasil serta membuat keputusan,” katanya pada sidang media.



Dalam pada itu, Hisham berkata individu yang positif dalam kategori 1 dan 2 (tidak bergejala dan bergejala ringan) digalakkan dikuarantin di rumah berikutan pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) kini hampir penuh.

27 negara EU rancang beri vaksin Covid-19 serentak

“Setakat ini kita ada lebih 22,000 pesakit yang sedang dirawat dan kemampuan kita adalah merawat 23,000 pesakit dalam satu-satu masa.



“Jadi, kita sedang pertimbang untuk beri keutamaan terhadap kes yang tidak mempunyai tempat sesuai untuk dikuarantin contohnya pekerja asing,” katanya.

Hisham turut berkata, KKM sedang memperkemas kriteria kuarantin susulan pertambahan kes yang tinggi setiap hari.

 

50 negara dah lakukan vaksinasi, Malaysia lambat – Ahmad Maslan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker