27 negara EU rancang beri vaksin Covid-19 serentak

Brussels: Sebanyak 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) bercadang memulakan program vaksinasi Covid-19 serentak pada hari sama sebagai tanda perpaduan.

Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen dalam kenyataan di Parlimen EU berkata, ia bagi mengikuti langkah Amerika Syarikat (AS) dan Britain yang memulakan program vaksinasi Pfizer/BioNTech Covid-19, minggu lalu.

“Jika mahu membendung pandemik ini, kita akan memerlukan hingga 70 peratus populasi di benua ini diberi vaksin. Ini adalah tugas besar dan mencabar.



BioNTech/Pfizer Mohon Kelulusan EU

“Adalah lebih baik kita mulakan secepat mungkin dengan membuat program vaksinasi bersama. Kepada 27 anggota EU, kita lakukan serentak pada hari yang sama,” kata von der Leyen kepada anggota Parlimen EU.

Agensi Perubatan Eropah (EMA) yang mengatur pelepasan ubat-ubatan di EU, mengesyorkan supaya diadakan pertemuan khas bagi membincangkan persetujuan bersyarat untuk vaksin Pfizer/BioNTech, Isnin ini.



Won der Leyen berkata, pihaknya meminta EMA membenarkan suntikan itu disediakan sebelum Krismas, selepas Britain dan AS sudah mula memberi vaksin kepada penduduknya.

Negara dalam EU mempunyai pilihan untuk melakukan program vaksinasi secara individu lebih awal di bawah peraturan kecemasan EMA, tetapi Suruhanjaya EU mahu ia diselaraskan dengan tidak ada negara yang ketinggalan.-HM

 

COVID-19: Indonesia mulakan kempen vaksinasi besar-besaran bulan depan – Jokowi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker