Maybank, Petronas ungguli tangga teratas Majikan Siswazah Terbaik 2020

KUALA LUMPUR: Maybank dan Petronas menduduki tangga teratas sebagai Majikan Siswazah Terbaik 2020 menerusi Anugerah 100 Majikan Siswazah Terbaik Malaysia.

Menerusi majlis yang dianjurkan secara maya semalam, 10 tempat teratas diungguli oleh Maybank di tempat pertama, Petronas di tempat kedua, diikuti oleh PwC, KPMG, EY, Bank Negara Malaysia, Air Asia, Intel Malaysia, Deloitte dan RHB Banking Group.

GTI Media selaku penganjur anugerah memaklumkan senarai itu adalah berdasarkan 26,654 jawapan kaji selidik mengenai majikan pilihan di Malaysia yang dikumpul daripada graduan.

”Berpusat di United Kingdom, senarai 100 Majikan Siswazah Terbaik Malaysia ini merupakan kaji selidik terbesar dan antara terawal dalam mengkaji kebolehpasaran siswazah di Malaysia,” menurut GTI Media dalam kenyataan semalam.

Neelofa, Mira Filzah Duduki Tangga Teratas ‘1,000 Top Selebriti Media Sosial’

Menurut kenyataan itu, tiga faktor utama responden memilih majikan terbaik adalah peluang bekerja di bawah pemimpin yang bagus, peluang untuk membangun dan mempertingkatkan kemahiran peribadi serta peluang meningkatkan kemahiran profesional.

Anugerah tahunan tersebut turut menyenaraikan pemenang majikan pilihan siswazah mengikut sektor melibatkan 20 sektor utama dan dua kategori istimewa, antaranya BMW Group bagi sektor automatif, Shopee (e-dagang), Sunway Education Group (pendidikan) dan Astro (Media dan Hiburan).

Senarai penuh boleh didapati menerusi https://bit.ly/M100AwardsPresentation2020 dan www.malaysias100.com

BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker