12 kluster dikesan daripada aktitivi sosial, rentas negeri

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 12 kluster disebabkan aktiviti sosial dan rentas negeri bermula 7 Dis lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster disebabkan aktiviti rentas negeri adalah Intan, Semambu dan Tembok Mempaga yang dikesan di Pahang, kluster Seragam Chepa di Kelantan, dan kluster Ihsan Ebol di Perak.

Sementara itu, kluster yang berpunca daripada aktiviti sosial adalah Gerbang Pongu di Perak, Lintas Seraya dan Kupi-Kupi di Sabah, Sungai Redan di Johor, kluster Cassia Diamond membabitkan Selangor dan Pulau Pinang, Sungai Burong di Selangor dan Negeri Sembilan, dan Bandar Impian di Johor, Kelantan dan Perak.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker