UMNO Gua Musang pimpinan Ku Li usul tarik sokongan kepada kerajaan jika PRU tak diadakan

PETALING JAYA: UMNO Gua Musang yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah mengusulkan parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sekiranya pilihan raya umum ke-15 tidak dapat diadakan dalam masa terdekat.

Menurut usul mesyuarat perwakilan bahagian itu, yang dikongsi Tengku Razaleigh di Facebook, ia mencadangkan PRU diadakan dalam suku pertama tahun ini juga.

“Bagi menyerahkan mandat kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, mesyuarat juga mengakui kerajaan sedia ada menafikan hak dan suara UMNO dan Barisan Nasional dalam kerajaan, walaupun memainkan peranan besar dalam pembentukannya.

Katanya, UMNO Gua Musang menginsafi persoalan yang parti itu hadapi kini ialah “persoalan hidup mati, persoalan masa depan, dan ‘survival’ parti.”

Dengan itu, mesyuarat perwakilan bahagian “menolak sebarang kerjasama dengan PPBM berdasarkan suara akar umbi ahli-ahli peringkat cawangan”, dan mendesak UMNO bertanding tidak kurang daripada jumlah kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi pada PRU-14.

Turut menarik perhatian adalah ia mencadangkan parti memberikan kuasa penuh kepada UMNO bahagian untuk “memilih dan menentukan calon PRU-15”.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker