Nazri buat tuduhan karut – Bersatu Perak

Bersatu Perak menyangkal dakwaan bekas menteri Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa mereka menawarkan wang kepada segelintir ahli Umno bagi menubuhkan cawangan Bersatu.

Setiausaha Bersatu Perak, Zainol Fadzi Paharuddin menyifatkan dakwaan itu sebagai karut.

“Itu tuduhan karut. Kami dari Bersatu Perak menafikan hal itu.

“Sepanjang dalam pengetahuan saya, tidak pula kami membuat tawaran sebegitu kepada ahli Umno.

“Saya pun terkejut sebab baru tahu ini,”

Sebelum ini, Nazri mendakwa Bersatu menawarkan wang berjumlah RM20,000 kepada segelintir ahli Umno bagi menubuhkan cawangan Bersatu di Perak

Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas menambah, tawaran itu dibuat susulan Bersatu kekurangan ahli di peringkat akar umbi.

Jelas Nazri, perkara itu menjadi faktor mengapa Umno enggan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU 15) akan datang.

Umno Padang Rengas pimpinan Nazri dalam mesyuarat agungya semalam mengusulkan menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.

Nazri berkata, Umno akan membincangkan hubungan bersama Bersatu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang dijadual pada Rabu ini (6 Jan).

Menteri UMNO dibelasah, Puad Zarkashi Buat Cerita Karut – Annuar Musa

 

Laporan polis mungkin dibuat

Sementara itu, Zainol turut berharap Nazri tidak membuat dakwaan secara awam dan melulu.

“Harapnya dia (Nazri) selepas ini tidak buat kenyataan secara terang-terangan dan melululah.

“Yang penting kami memang nafikan dakwaan itu,” katanya lagi.

Sementara itu, Zainol turut memaklumkan bahawa Bersatu bahagian Padang Rengas akan membuat laporan polis berhubung dakwaan Nazri dalam masa terdekat ini..

“Bersatu Perak (lapor polis) saya tidak pasti lagi.

“Saya cuma dapat maklumat Bersatu bahagian Padang Rengas akan buat laporan polis dalam masa terdekat inilah,” katanya.

Ditanya sama ada Bersatu Perak akan bersemuka dengan Nazri atau meminta penjelasan berhubung dakwaan tersebut, dia berkata perkara itu tidak perlu.

“Tidak perlulah nak bersemuka atau meminta penjelasan lebih-lebih untuk benda mengarut macam ini,” tambahnya lagi.

Pada 2 Jan lalu, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Bersatu galak ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli Umno.

Susulan itu, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, menuntut permohonan maaf malah mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Asyraf susulan dakwaan tersebut.

Undi belah bahagian: UMNO sokong Belanjawan 2021 demi rakyat – Nazri Aziz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker