Heret kerajaan Selangor ke mahkamah jika berkeras mansuh hutan simpan

Kumpulan aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar mengancam untuk mengheret kerajaan Selangor ke mahkamah sekiranya ia berkeras mahu memansuhkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) untuk tujuan pembangunan.

Setiausaha Agung Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, kumpulan itu kekal dengan tuntutan sebelum ini bersama-sama penduduk Orang Asli supaya kerajaan negeri mengekalkan hutan simpan tersebut kerana kepentingannya dalam memulihara flora dan fauna di Selangor.

“Otai Reformis dan beberapa beberapa NGO alam sekitar yang memantau isu hutan simpan ini tidak teragak-agak untuk mengheret kerajaan negeri ke mahkamah,” katanya kepada FMT.

Katanya, kerajaan negeri juga sepatutnya mengugurkan cadangan pembangunan di kawasan hutan simpan itu selaras dengan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor 11 Nov lalu yang meluluskan usul menggesa kerajaan negeri mempertahankan status pewartaan hutan simpan dan memeliharanya dengan baik.

“Otai berpandangan adalah wajar kerajaan negeri mengugurkan sahaja cadangan untuk membangunkan kawasan hutan simpan tersebut (HSKLU) bagi menghormati usul yang diluluskan sebulat suara di DUN sebelum ini,” katanya.

Feb tahun lepas, FMT melaporkan kira-kira 300 penduduk Orang Asli mengadakan himpunan membantah cadangan memansuhkan status HSKLU di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Dikhabarkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menerima lebih 50,000 surat bantahan terhadap cadangan nyah warta dan cadangan pembangunan hutan simpan tersebut,” katanya selain mendakwa sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri berhubung bantahan terhadap cadangan itu.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pelindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Selangor, Damien Thanam yang turut mewakili gabungan pertahankan HSKLU berkata, cadangan kerajaan negeri itu akan memberi kesan besar ke atas kehidupan Orang Asli di samping merosakkan kehidupan flora dan fauna.

“Kehilangan hutan simpan itu boleh menyebabkan hilangnya pergantungan hidup mereka pada hutan.

“Kelangsungan hidup masyarakat Orang Asli terjejas dan semakin terbatas apabila sumber makanan, ubat-ubatan tradisional dan barangan anyaman yang diperbuat daripada hasil hutan bukan balak dari kawasan terbabit,” katanya.

Katanya, pembangunan kawasan tanah gambut itu juga akan menjejaskan kawasan tadahan air yang terdiri daripada 90% air, manakala baki 10% daripada bahan organik yang kaya dengan jisim karbon.

“Produktiviti pertanian seperti getah dan sawit akan terganggu apabila keseimbangan hidrologi yang disokong oleh kawasan hutan itu hilang buat selama-lamanya, termasuk risiko kebakaran di kawasan pertanian menjadi lebih tinggi apabila air bawah tanah menjadi semakin berkurang,” katanya.

Isu HSKLU turut mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta kerajaan Selangor mengekalkannya bagi memastikan kelestarian alam di negeri itu terus terpelihara, di samping berperanan sebagai kawasan tadahan air. FMT

Muda lantik Tommy Thomas, Ambiga untuk heret kerajaan ke mahkamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker