“Dah Tuo2 Pun Mangang 😷” – Siap Letak Makanan Lagi, Arca Penyu di Melaka Dah Jadi Meja Piknik

Walaupun kita dah memasuki fasa baru kehidupan pada tahun 2021 ni, masih ada lagi yang berpegang pada mentaliti kelas ketiga. Kalau kerajaan sediakan kemudahan, mesti akan ada yang rosakkan kemudahan dengan vanda.lisme. Kalau macam ni lah rupanya, sampai bila-bila pun negara kita ni takkan maju kan. 

Kali ini, arca penyu yang baru sahaja dirasmikan seminggu yang lalu di sebuah pantai di Melaka telah disalahgunakan oleh pengunjung kawasan itu. Menurut perkongsian Facebook Negeri Sembilan Kini, arca penyu tersebut sebenarnya dibuat untuk menjadi tempat mengambil gambar.

Namun, ada pulak yang menjadikan arca tersebut sebagai meja piknik. Boleh pulak macam tu eh? Siap letak macam-macam makanan pulak tu. 

Arca penyu yang telah dibina di Pantai Pengkalan Balak, Melaka itu dibuat untuk menarik pelancong baru ke kawasan tersebut. Jadi, korang tak payah pergi Terengganu dulu kalau nak ambik gambar dengan penyu kan. 

Namun, lain pula jadinya. Kalau ya pun tak cukup meja makan di kawasan tu, bawak lah tikar picnic sendiri. Rasanya lagi selesa kalau duduk bersila ramai-ramai kan.

Perbuatan berkelah di arca penyu telah menyus.ahkan pengunjung yang lain untuk bergambar sebab tujuan asal arca tu dibuat pun untuk korang ambil gambar Outfit of the Day (OOTD). Kesian orang lain nak kena tunggu korang habis makan dulu baru boleh ambik gambar. 

Rata-rata netizen meluahkan rasa kec.ewa mereka dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang seperti tidak menghargai kemudahan awam yang telah disediakan.

Ada juga yang mencadangkan agar papan tanda ‘Dilarang Duduk’ diletakkan di kawasan arca tersebut dan pengunjung hanya dibenarkan duduk untuk mengambil gambar sahaja.

Rasanya negara kita perlu tingkatkan lagi mutu pendidikan sivik dalam silibus pendidikan kebangsaan. Mungkin kena tambahkan subjek common sense dalam subjek tu kan. 

Sumber: Lobakmerah

COVID-19: Lapan bulan ditinggalkan, penyu kesayangan tinggal rangka

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker