Wow! 5 Jenis Kereta Yang Memiliki Cukai Jalan Paling Mahal Di Malaysia

Cukai jalan ataupun road tax yang dikenakan kepada kenderaan dikira mengikut jenis kenderaan, kapasiti enjin kenderaan dan status pemilikan. Berikut merupakan 5 jenis kereta yang memiliki cukai jalan paling mahal di Malaysia menurut Mekanika Malaysia.

1. Bugatti Chiron

via Top Gear

Berada di tempat pertama senarai cukai jalan kereta termahal di Malaysia adalah Bugatti Chiron. Dijual dengan harga RM12.5 juta, setiap tahun pemilik kenderaan ini perlu membayar RM24,630 cukai jalan tidak termasuk insurans.

2. Rolls Royce Phantom

via BMW Group

Menurut Mekanika Malaysia, Rolls Royce Phantom merupakan kenderaan yang tersangat mewah dan berprestij, biasanya digunakan oleh orang-orang kenamaan seperti kerabat diraja dan sebagainya. Dijual dengan harga sekitar RM6,013,200, cukai jalan bagi kereta diraja ini adalah RM19,000 setahun.

3. Rolls Royce Ghost

via Mobile Authority

Rolls Royce Ghost adalah sebuah kereta yang agak jarang boleh dilihat di atas jalan raya di Malaysia. Cukai jalan yang dikenakan ke atas kenderaan persendirian Rolls Royce Ghost adalah sekitar RM18,330 setahun.

4. Lamborghini Aventador

via Lamborghini

Dari segi reka bentuk, Lamborghini Aventador kemungkinan adalah yang paling menarik bagi peminat kereta. Menurut Mekanika Malaysia, kereta ini dijual sekitar RM1.8 juta dan jika anda mampu membelinya, sudah tentu anda juga mampu untuk membayar RM17,880 setiap tahun bagi cukai jalan.

5. Ferrari 812 Superfast

via Insider

Ferrari 812 Superfast merupakan kereta keluaran Ferrari yang paling berkuasa dan terpantas dalam sejarahnya. Dengan harga jualan mencecah RM1.6 juta, jumlah cukai jalan yang perlu dibayar untuk pemilikan persendirian bagi Ferrari 812 Superfast adalah RM17,880.

Jadi bagi anda yang berkemampuan boleh la cuba membeli salah satu kereta di atas. Mana tahu rezeki anda untuk membelinya-Murai

Leave a Reply