PPBM curi ahli? Nak bekerjasama buat apa lagi


PEMUDA UMNO dan PAS tak puas hati sebab Bersatu curi pemimpin-pemimpin mereka.

PEMUDA UMNO pun satu, dalam postingnya di FB masih nak berpesan pada Bersatu supaya jangan mencuri dan membeli pemimpin UMNO. Bersatu pulak siap balas, “Bising pun tak guna, saman kang”.

Ini la kita kata bodoh tak boleh diajar. Yang masih nak bekerjasama dgn Bersatu tu dah kenapa?

Berapa kali kita dok pesan, jauhi Bersatu!jauhi Bersatu! Kenapa susah sangat nak faham?

Maaf la ayat saya ni memang macam ni. Dulu mak bapak kita pun marah kita macam ni kalau kita degil. Siap kata padam muka lagi. Tu masa kita budak-budak, biasa la. Ni UMNO dan PAS bukannya budak. Takkan benda mudah mcm ni pun tak boleh fikir.

Nanti ada la yang kata, kita ikut perintah Sultan.

Memang la perintah Sultan tapi nak melarat sampai nak bersama Bersatu dalam PRU15 tu dah kenapa? Yang PAS pun satu, beria-ia sanggup berdaftar dalam PN tu dah kenapa?

Sebelum nasi menjadi bubur, elok tendang je Bersatu ke longkang. Bersatu tu pengkhianat. Mereka dalam Bersatu pun rata-rata pembelot. Hati mereka busuk. Mereka tak tahu hormat kawan. Mereka kira mereka je. Muka tebal kulit biawak. Tak sedar diri bahawa nyawa mereka disambungkan oleh UMNO dan PAS. Betul-betul seperti melepaskan anjing kurap tersepit.

So, oleh kerana aku ahli UMNO, aku nak pesan pada pemimpin UMNO. Toksah dok melopong ternganga macam ayam kena gigit tungau. Muhyiddin tu gertak je lebih. Kalau kita tolak Bersatu, dia takkan jadi PM dah lepas PRU15. Tak payah nak berandai-andai. Nak fikir panjang apa kejadah lagi. PRU dah tak lama pun.

Senang cerita PAS dan UMNO teguh dalam Muafakat Nasional. Kita kembali pada asal. PAS senang, UMNO senang, semua rakyat di akar umbi, takiralah PAS ke UMNO ke, pun senang. Takde nak pening-pening. Kita bertawakal dan berdoa, kita serah pada Allah SWT.

Cakap kat Bersatu, bodo tu simpan sikit. Hancing PH masih kuat dalam Bersatu. Umur baru setahun jagung dah nak berlebih-lebih. Sedar diri sikit.

Nak kata aku mulut caboi, kata la. Yang penting aku cakap apa yang aku rasa kita patut cakap.

RAJA ANNUAR ADNAN
2 Januari 2021.

Asyraf Wajdi beri amaran PPBM henti curi, beli ahli UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker