Keputusan ‘gila’ batal projek HSR

Projek Landasan Kereta Api Laju KL – Singapura (HSR) akhirnya dibatal dan dijangka diganti dengan Landasan Kereta Api Sederhana KL – Johor. Kos baru pula hanya sekitar 5% rendah daripada cadangan laluan asal.

Saya sebenarnya tak berapa faham kenapa kerajaan buat keputusan begini. Dahulu ketika zaman PH, kita boleh faham kerana Mahathir dan Orang-Orang Tua PH adalah penganut mazhab ekonomi fiskal konservatif.

Sedangkan kerajaan BN cenderung kepada Keynesian. Keynesian percaya bahawa perbelanjaan projek mega akan memberikan spillover effect yang lebih besar daripada kos asal. Contohnya HSR akan menampung kesibukan laluan udara KL-Singapura, mewujudkan reverse migration (orang kerja di bandar besar boleh kekal duduk di kampung) serta pembangunan di sepanjang jajaran.



Bayangkan dengan HSR, perjalanan Muar – Singapura boleh dilakukan dengan sekitar 1 jam sahaja. Berapa ramai orang Muar boleh bekerja di Singapura dan kemudian berbelanja di kampung halaman? Kalau gaji cleaner pun sampai RM6k agak-agak berapa bijik Pavilion akan dibuka di Muar?

Tak ada ahli parlimen yang kena botakkan kepala untuk beli laptop sebab orang Muar akan kaya raya!

Tetapi bagi Fiskal Konservatif, mereka melihat perbelanjaan jimat-cermat (austerity) serta bajet surplus sebagai keutamaan.

Kurangkan hutang, potong kos operasi, amalan berbelanja secara berhemah dibuat supaya atas kertas ekonomi akan nampak cantik. Inilah kaedah kerajaan BN dahulu ketika zaman Mahathir – Anwar. Hutang negara menurun tapi Pengarah Jabatan naik Perodua Rusa.



Keynesian ini kurang ambil berat isu hutang. Sebab mereka percaya bahawa perbelanjaan infrastruktur besar akan menghasilkan tambahan pendapatan negara daripada segi cukai dan pertumbuhan ekonomi setempat.

The benefits outweigh the risks

Bergantung dimana kedudukan dan kepercayaan mazhab ekonomi anda, maka ia akan menentukan kedudukan sokongan anda dalam isu HSR.

Tapi keputusan kerajaan hari ini tak menggambarkan mereka adalah pengamal konservatif fiskal pun. Sebab mereka masih menggunakan jumlah perbelanjaan yang hampir sama dengan kos cadangan HSR asal.

Cadangan baru ini pelik kerana sudahlah kelajuan kereta api dikurangkan kepada medium speed sahaja (bermakna kesan reverse migration adalah minimum), ia juga tidak akan memberi manfaat menyeluruh kepada industri penerbangan dan pelancongan.



Ia hanya akan menjadi projek domestik sahaja. Tidak akan membantu bagi hubungan bilateral, tidak akan memberi tambah nilai kepada KLIA1 / KLIA2, dan tidak akan menjadi leverage geopolitik sekiranya berlaku ketidaktentuan dalam hubungan politik antarabangsa.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

Sumber: Facebook



Batal projek HSR: Kegagalan besar tahun 2021 – Pemuda UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker