Ahli Pas tidak perlu layan salakan Mat Sabu – Mokhtar

Terkini di My KMU !!!!---->


Ahli-ahli Pas diminta agar tidak melayan ‘salakan’ Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu yang cuba memainkan sentimen tragedi Memali.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik berkata, saranan Mat Sabu itu tidak memberi sebarang kesan terhadap parti itu kerana ahli-ahlinya telah diajar dengan akhlak Islam.

Beliau berkata, berbaik dengan UMNO tidak bermakna menafikan kemurnian perjuangan para syuhada Memali kerana kedua-dua zaman itu berbeza.

“Yang mengajak para sahabat Nabi mengingati kejahatan dan perseteruan dengan Abu Sufian hanyalah para munafik Madinah.

“Mereka tidak senang melihat persaudaraan berlaku antara para sahabat dengan Abu Sufian selepas Fathul Makkah,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial.

Mokhtar turut menyifatkan serangan oleh pimpinan dan jentera siber PH bertujuan untuk menggagalkan kerjasama Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun katanya, beliau percaya mereka tidak akan berjaya kecuali jika ada pemimpin UMNO atau Pas yang menari mengikut irama sumbang mereka itu.

“Persaudaraan Aus dan Khazraj ini perlu dijaga rapi. Kerana orang-orang Abdullah bin Ubai sentiasa mencari ruang dan peluang,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mokhtar menyarankan agar pucuk pimpinan tertinggi sahaja yang mengeluarkan kenyataan.

“Harap-harap tidak ada dalam kalangan Pas atau UMNO ini pimpinan yang ‘gila microphone’. Elakkan membuat statement balas yang bukan pandangan parti. Waktu-waktu sebeginilah pentingnya walak diamalkan,” katanya. – tambahnya. MG

Leave a Reply