2021: Pandemik ekonomi jauh lebih membimbangkan, bersedialah
Pandemik Covid-19 dijanhgka terus membari cabaran pada tahun ini namun ia masih mampu ditangi.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), S Thiban berkata, tidak kisah siapa yang menjadi kerajaan pelbagai cabaran sudah menanti rakyat pada tahun ini.
Katanya, sememangnya cabaran pandemik Covid-19 bukan sahaja dirasai secara global sebaliknya rakyat di negara ini juga tidak kurangnya menderita dalam mengharungi penularan virus itu sepanjang tahun lepas.
“Bukan Covid-19 sahaja boleh dianggap sebagai pandemik sebaliknya lembaran tahun baharu 2021 lagi besar impaknya dengan ‘pandemik’ ekonomi.
“Ingatlah, seandainya kerajaan tidak efisyen dan fokus dalam menangani pandemik ekonomi ini, nescaya kita akan berada dalam keadaan cukup genting dan membimbangkan sebenarnya,” katanya semasa menjadi panelis dalam Program REVIU 2020 yang disiarkan menerusi Facebook Live MalaysiaGazette malam tadi.
Menurut Thiban, kerajaan sedia ada harus berhenti berpolitik dan perlu cekap dalam menguruskan ekonomi kerana itu adalah satu cabaran cukup hebat dan berat.
Ujarnya, rakyat sudah tidak lagi peduli siapa yang akan memerintah negara dan apa yang mereka mahu ialah kesihatan dan kebajikan mereka terjaga.
“Hakikatnya mereka sudah tidak kisah lagi kerana kehidupan serta masa depan sendiri menjadi satu tanda tanya,” katanya. MG