Polis kesan pesakit COVID-19 lari dari Hospital Tampin

TAMPIN: Polis sedang mengesan seorang pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berusia 33 tahun yang beralamat terakhir di Petaling Jaya, Selangor itu dikesan tiada di katil hospitalnya pada 11.45 pagi.

“Kali terakhir dilihat lelaki itu memakai kemeja T gelap warna hijau dan seluar jeans warna biru. Usaha mengesan pesakit COVID-19 itu kini giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pesakit berkenaan juga adalah bekas banduan Penjara Jelebu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut boleh hubungi balai polis berhampiran atau Kementerian Kesihatan. Bernama

Lelaki tanpa identiti ditemui mati dipercayai langgar lari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker