Lelaki tanpa identiti ditemui mati dipercayai langgar lari

 

Gambar Hiasan

TAIPING – Orang ramai yang kehilangan keluarga diminta tampil membuat laporan polis berhubung kes kematian seorang lelaki akibat langgar lari di Batu 11, Jalan Ulu Sepetang-Redang Panjang, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 6.36 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui meninggal dunia dipercayai dilanggar sebuah kenderaan berat.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, daripada siasatan awal, disyaki sebuah kenderaan berat dalam perjalanan dari arah Batu Kurau ke Kamunting telah melanggar mangsa yang berada di tepi jalan.



‘Makcik’ degil ingkar kuarantin: Identiti bakal diketahui dalam masa terdekat

“Tiada sebarang kad identiti ditemui pada mangsa dan usaha mengesan waris sedang dilakukan.

“Hasil semakan setakat ini juga tidak menerima laporan berkaitan kehilangan ahli keluarga,” katanya.



Beliau berkata, polis juga sedang giat mengesan kenderaan yang terlibat.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pejalan kaki maut dipercayai dilanggar lari



LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker