Pas mahu judi dibanteras habis-habisan

PARTI Pas menggesa semua negeri untuk mencontohi Kerajaan Negeri Kelantan yang telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) melarang mengeluarkan lesen premis kepada semua jenis perjudian di negeri tersebut

Ketua Penerangan Pas Kamarulzaman Mohamad berkata, aktiviti perjudian telah diharamkan di Kelantan sejak 30 tahun lalu.

Justeru parti itu membantah sebarang percubaaan untuk meningkatkan jumlah cabutan judi di negara ini.

“PAS juga menyeru agar semua negeri mencontohi pentadbiran 30 tahun negeri Kelantan yang telah mengarahkan semua PBT melarang mengeluarkan lesen premis kepada semua jenis perjudian di negeri tersebut.



“PAS membantah sekeras-kerasnya jika ada cubaan untuk meningkatkan jumlah cabutan judi di negara ini. Di kala negara berdepan dengan pandemik COVID-19, sewajarnya rakyat tidak mengambil jalan keluar yang mudah menghadapi kesulitan. Sebaliknya PAS yakin dengan bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2021 mampu membantu rakyat mengharungi cabaran ini.,” kata Kamarulzaman.

Jelas beliau, Pas tegas menentang semua bentuk perjudian yang beroperasi dalam negara dan pendirian tersebut konsisten sejak awal penubuhan PAS.

Menurut Kamarulzaman, selain nombor ekor, perjudian atas talian juga sangat membimbangkan dan semakin giat beroperasi.

Tegas beliau, kegiatan itu perlu segera dibanteras sehingga ke akar umbi oleh pihak kerajaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PBT.



Sebelum ini SENATOR DAP Liew Chin Tong menyarankan kepada Kerajaan Perikatan Nasional untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit.

Chin Tong berkata, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun ini kepada 22 kali tahun depan.

Menurutnya, tindakan itu boleh memberi kesan kepada golongan B40 yang akan terus mencuba nasib dengan membeli cabutan khas ramalan nombor 4-digit.



“Dalam aspek ini, kerajaan sebenarnya sedang mengutip cukai daripada golongan bawahan yang seringkali mencuba nasib mereka dalam aktiviti judi.

“Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan.

“Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain. Mereka ini akan terus menerus mencuba nasib dengan cabutan khas,” katanya.

Chin Tong berkata, dalam setahun terdapat 156 hari cabutan biasa dan 22 hari cabutan khas pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.



Cabutan khas telah dikurangkan kepada 8 kali sahaja setahun manakala cabutan biasa diteruskan pada zaman Pakatan Harapan. Bermula tahun depan cabutan khas dinaikkan kepada 22 kali semula.-SM

Keluar PKR dapat RM 1 juta?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker