Keluar PKR dapat RM 1 juta?

Share

Haniza Talha pemenang cabutan istimewa RM1 juta?

Bank Simpanan Nasional (BSN) baru-baru ini mengumumkan nama Haniza Mohamed Talha sebagai pemenang hadiah cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) berjumlah RM1 juta bagi bulan Jun 2020.

Nama itu menimbulkan tanda tanya kerana ia sama dengan nama bekas Ketua Wanita Keadilan Pusat yang dipecat keahlian oleh Lembaga Disiplin PKR minggu lalu.

Haniza juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya merangkap anggota Exco kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, MalaysiaGazette belum mendapat jawapan dari Haniza untuk mendapatkan respon beliau mengenai perkara itu.

BSN menerusi SSP menyediakan hadiah kira-kira RM2 juta sebulan kepada pelanggannya sebagai galakan menambung Sijil Simpanan Premium.

Sementara itu, BSN turut mengumumkan pemegang cabutan hadiah utama, iaitu sebuah BMW X1 sDrive20i Sport yang dimenangi Azita Abd Aziz dari Terengganu, manakala cabutan khas kesetiaan Jun 2020 yang menawarkan hadiah utama Proton X70 dimenangi Madzlan Mohd Salleh dari Kelantan. –MalaysiaGazette.

Leave a Reply